Amazing Bomberman Diumumkan Untuk Apple Arcade, Tiba Minggu Ini

Apple Arcade hari ini telah mengumumkan yang permainan susulan untuk Jetpack Joyride iaitu Jetpack Joyride 2 akan dikeluarkan untuk perkhidmatan tersebut pada 19 Ogos ini. Selain itu, mereka juga telah mengumumkan permainan Amazing Bomberman berdasarkan siri popular Bomberman oleh Konami.

Amazing Bomberman merupakan permainan baharu untuk siri ini dan ia menyokong sesi permainan multi-pemain secara dalam talian. Ia juga akan memfokuskan kepada irama dengan peringkat akan berubah mengikut muzik runut.

Ia akan dikeluarkan pada 5 Ogos ini.

Selain Amazing Bomberman dan Jetpack Joyride 2 yang akan disertakan sebagai Arcade Originals, Apple Arcade juga mengumumkan dua permainan App Store Greats iaitu My Talking Tom+ yang akan tiba pada 12 Ogos dan Love You to Bits+ tiba pada 26 Ogos.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini