Dengan bermulanya bulan baharu, seperti biasa Microsoft telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam perkhidmatan Game Pass mereka untuk Xbox dan juga PC.

Ia menyertakan permainan lama seperti Ghost Recon Wildlands oleh Ubisoft dan juga permainan baharu seperti Turbo Golf Racing dan juga Two Point Campus.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang ditawarkan;

  • Ghost Recon Wildlands (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Shenzhen I/O (PC) – 5 Ogos
  • Turbo Golf Racing (Xbox, Cloud, PC) – 5 Ogos
  • Two Point Campus (Xbox, Cloud, PC) – 10 Ogos
  • Cooking Simulator (Xbox, Cloud, PC) – 11 Ogos
  • Expeditions: Rome (PC) – 12 Ogos
  • Offworld Trading Company (PC) – 12 Ogos

Mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Game Pass pada 15 Ogos;

  • Boyfriend Dungeon
  • Curse of the Dead Gods
  • Library of Ruina
  • Starmancer
  • Train Sim World 2

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.

Sohor Kini