Filem Sekuel Scoob! Turut Dibatalkan

Scoob! adalah filem animasi 3D Scooby-Doo. Filem ini menceritakan kisah bagaimana Shaggy bertemu dengan sahabat karib beliau iaitu seekor anjing yang diberi nama Scooby-Doo. Filem animasi ini sepatutnya menjadi permulaan untuk dunia animasi baharu Hanna-Barbera. Dalam filem ini turut ada kemunculan watak-watak dari animasi lain seperti – Blue Falcon, Dee Dee Sykes, Dynomutt, Dick Dastardly, Captain Caveman, dan Muttley.

Filem ini sudah pun disahkan akan mempunyai sekuel yang dirancang untuk disiarkan di HBO Max iaitu Scoob!: Holiday Haunt. Ia sudah pun berada di fasa akhir pasca-produksi, tetapi tidak akan disiarkan atau ditayangkan di mana-mana platform penstriman atau pawagam.

Scoob!: Holiday Haunt menerima nasib seperti filem Batgirl, di mana eksekutif Warner Bros. tidak ingin filem bajet besar disiarkan di HBO Max dan bajet besar hanya untuk filem di pawagam. Filem animasi ini telah pun menelan bajet $40 juta iaitu sekitar RM178 juta.

Pembatalan dua filem ini adalah sebahagian daripada strategi baharu CEO Warner Bros. Discovery, David Zaslav untuk mencari jalan menjimatkan kos sehingga $3 bilion. Masih tidak masuk akan kenapa sudah habis ratusan juta untuk produksi dan kemudian dibatalkan, sedangkan jika disiarkan ia ada potensi untuk menjana pendapatan. Mungkin mereka tidak ingin keluarkan kos lagi untuk pengiklanan dan promosi dan biarkan sahaja dua filem ini terkubur di arkib.

Sohor Kini