Bulan Mac tahun lepas, Halfbrick Studios iaitu pembangun di sebalik permua terkenal Jetpack Joyride telah hadir dengan sekuel iaitu Jetpack Joyride 2: Bullet Rush. Ketika itu ia dilancarkan kepada negara terpilih sahaja untuk Android dan iOS.

Terkini di gedung aplikasi Apple App Store pada bahagian Apple Arcade, permua Jetpack Jopyride 2 telah disenaraikan yang ia akan tiba pada semua pelanggan bermula 19 Ogos akan datang. Ini bermakna di Malaysia, hanya dengan langganan Apple Arcade sahaja permua ini boleh dimainkan secara rasmi. Pengguna Android nampaknya masih tiada khabar lagi.

Jetpack Joyride 2 akan mempunyai dua watak, pertama adalah watak klasik Barry dan turut akan ada watak baharu iaitu Betty. Misi utama adalah menghentikan eksperimen sains untuk menyelamatkan dunia. Permua ini masih lagi berbentuk lari tanpa henti, kumpul syiling dan lompat untuk elak. Tetapi untuk sekuel turut ada tambahan tembak menembak dan pusingan bertempur dengan bos.

Bagi yang berminat anda boleh daftar minat di Apple Arcade untuk menerima notifikasi dan auto-pasang pada peranti Apple anda di sini.

Sohor Kini