Logitech hari ini telah mengumumkan yang mereka bekerjasama dengan Tencent Games untuk hadir dengan konsol mudah alih yang akan menyokong pelbagai perkhidmatan permainan di awan (cloud gaming).

Mereka juga mengatakan yang akan melakukan kerjasama dengan Xbox Cloud Gaming dan juga NVIDIA GeForce NOW untuk konsol ini.

Buat masa ini, konsol ini digelar sebagai Logitech G Gaming Handheld akan tetapi masih tiada maklumat lanjut yang dikongsi, jika berminat anda boleh kunjungi laman rasmi untuknya dan mendaftar untuk mendapat maklumat terbaru.

Dengan konsol ini memfokuskan kepada permainan melalui penstriman dari awan, ia tidak memerlukan spesifikasi yang tinggi, oleh itu berkemungkinan yang ia sekadar mencukupi untuk menjalankan aplikasi-aplikasi perkhidmatan permainan di awan.

Logitech terkenal dengan syarikat penyedia perkakas dan juga aksesori PC serta permainan video, manakala Tencent merupakan syarikat induk kepada pelbagai studio permainan video dan juga mempunyai perkhidmatan awan sendiri, seperti Start yang dilancarkan secara terhad di China.

Sohor Kini