Ubisoft telah mengumumkan yang acara masa terhad M.U.T.E Protocol: Flesh and Metal akan kembali ke Tom Clancy’s Rainbow Six Siege bermula sekarang dan berlangsung selama 3 minggu sehingga 23 Ogos 2022.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Mod baharu yang diperkenalkan bersama dengan acara ini adalah Arms Race. Brain telah menjajah M.U.T.E Tower dan pemain perlu menghancurkan perisai Brain untuk menang. Dengan membunuh pemain lain, pemain akan meningkatkan tahap senjata sehinggalah mendapat The Golden Hammer, satu-satunya senjata yang boleh menghancurkan perisai Brain.

Acara ini juga membawa barangan kosmetik baharu melalui berkas Merging Process, selain itu berkas ketika acara ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2020 lepas juga boleh didapatkan melalui kedai dalam permainan.

Pek Flesh and Metal boleh didapatkan dengan menyelesaikan pelbagai misi acara ataupun dengan membelinya dengan harga 300 R6 ataupun 12500 Renown. Setiap berkas juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga 1680 R6 setiap satu.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini