Netflix banyak hadir dengan filem asli mereka bertemakan biografi artis terkenal. Sebelum ini mereka hadir dengan filem Tick, Tick… Boom! mengenai Jonathan Larson lakonan Andrew Garfield. Akan datang, Netflix akan hadir dengan filem Blonde pula yang menceritakan kisah artis ternama Marilyn Monroe.

Filem ini diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Joyce Carol Oates. Ia adalah sebuah biografi fiksyen mengenai Marilyn Monroe.

Dalam filem ini, Ana de Armas akan berlakon sebagai Marilyn Monroe. Filem ini menceritakan kisah alternatif kehidupan beliau yang berbeza antara sebagai selebriti dan kehidupan peribadi. Ia akan memperlihatkan kisah beliau sebagai kanak-kanak iaitu Norma Jeane sehinggalah menjadi artis hebat. Filem ini akan melihat bagaimana beliau mempunyai dua kehidupan berbeza, satu nampak gembira dan satu lagi derita.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Andrew Dominik. Selain Ana, Bobby Cannavale, Adrien Brody, Julianne Nicholson, Xavier Samuel dan Evan Williams turut akan berlakon dalam filem ini. Ia akan disiarkan di Netflix pada 28 September akan datang.

Sohor Kini