Kurechii hari ini telah melancarkan kemaskini terbaru untuk permainan Postknight 2 mereka iaitu Greater Heights yang antaranya menyertakan kawasan baharu dan juga pilihan bahasa baharu iaitu Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol. Bahasa Perancis, Bahasa Rusia dan Portugis dengan lebih banyak bahasa akan tiba di masa hadapan.

Kemaskini versi 1.3 iaitu The Treetops of Sagacia sudah tiba bermula pada hari ini, dan kemaskini seterusnya iaitu The Fortress of Regalle akan tiba pada 20 September 2022.

Berikut adalah antara kandungan baharu yang akan tiba melalui kemaskini ini;

  • Penjahat dan kesan baharu
  • Selesaikan misi “Greater Heights” untuk mendapatkan watak Larielle
  • Haiwan peliharaan baharu Zenkoba dan Monyeet
  • Barangan kosmetik baharu – rambut, warna rambut, riak wajah
  • Senjata berat ditambah-baik untuk menjadikan ia lebih menarik
  • Pelbagai penambah-baikkan lain

Mereka juga mengumumkan yang acara masa terhad akan tiba tidak lama lagi seperti Hollow’s Eve dan Wintertide.

Postknight 2 sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini