Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan yang Promosi Musim Panas untuk PlayStation akan berlangsung bermula esok sehingga 16 Ogos 2022. Ia akan menawarkan pelbagai permainan untuk PS4 dan PS5 dengan harga promosi.

Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;

  • MLB The Show 22 – RM129
  • MLB The Show 22 (PS5) – RM169
  • God of War PlayStation Hits – RM39
  • Horizon Forbidden West – RM189
  • Horizon Forbidden West (PS5) – RM229
  • Gran Turismo 7 – RM209
  • Gran Turismo 7 (PS5) – RM249
  • Nier Replicant ver 1.22474487139 – RM129
  • Final Fantasy VII Remake – RM129
  • Ghostwire Tokyo – RM129

Tawaran ini boleh didapatkan di Sony Store dan juga pengedar-pengedar rasmi PlayStation yang anda boleh lihat di pautan ini.

Penganjuran ini adalah meneruskan jualan promosi di PS Store yang sudah berlangsung bermula akhir bulan lepas.

Sohor Kini