Netflix hari ini telah berkongsi treler baharu yang juga pertama kali treler penuh untuk siri animasi akan datang Cyberpunk: Edgerunners yang akan tiba di platform penstriman tersebut sekitar bulan September ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Treler ini antaranya memperlihatkan watak-watak utama yang akan tiba yang juga merupakan krew “Edgerunners” seperti David, Maine, Dorio, Kiwi, Pilar, Rebecca dan Lucy.

Cyberpunk: Edgerunners akan mempunyai 10 episod dan berlaku di dunia yang sama dengan Cyberpunk 2077, ia dihasilkan oleh Studio Trigger.

Sohor Kini