Xbox, PlayStation Antara Diumumkan Menyertai Gamescom Asia

Gamescom Asia telah mengumumkan yang Gamedriver, TikTok, Microsoft Xbox, Potato Play, Nuvei dan Xsolla sebagai penaja, selain itu PlayStation, 9GAG, Lai Games, Brace Yourself Games dan Hooded Horse juga antara yang akan terlibat dengan acara tersebut.

Seperti diumumkan sebelum ini, Gamescom Asia akan berlangsung bermula pada 20 sehingga 22 Oktober sebagai acara fizikal di Suntec Convention & Exhibition Centre, Singapura.

Selain itu, mereka juga mengumumkan lebih 80 pakar di dalam industri akan hadir untuk berkongsi pelbagai topik di dalam industri antaranya adalah;

  • Peter Vesterbacka dari Rovio Entertainment
  • Sarah Delahanty dari Blizzard Entertainment
  • Tim Fields dari Wizards of the Coast
  • Simon Alty dari Bethesda/Zenimax
  • Hans Jagnow dari ESL Pro League
  • Brigitta Rena Estidianti dari Mojiken Studio
  • Vanessa Lorena Tate dari King
  • Jad Boniface dari Roblox

Anda boleh lihat senarai penuh di pautan ini.

Pembelian tiket untuk mengunjungi acara ini bagi perniagaan sudah dibuka manakala untuk umum akan tiba tidak lama lagi. Anda boleh kunjungi pautan ini untuk maklumat lanjut dan juga pendaftaran.

Sohor Kini