Ubisoft telah mengumumkan yang bersempena dengan ulang tahun ke-15 untuk Assassin’s Creed, mereka telah menjadikan Ezio sebagai watak terbaru di dalam Brawlhalla iaitu watak yang ke 56 di dalam permainan ini.

Seperti watak-watak lain, Ezio boleh didapatkan dengan 7200 Gold ataupun 100 Mammoth Coins, selain itu, kostum untuknya iaitu Revelations, Armor of Brutus dan Asgardian boleh didapatkan dengan harga 140 setiap satu.

Selain itu, seorang lagi watak popular Assassin’s Creed iaitu Eivor dari Assassin’s Creed Valhalla akan disertakan sebagai kostum untuk watak Brynn. Ia boleh didapatkan dengan harga 300 Mammoth Coins dan akan mendapat Eivor versi lelaki dan wanita.

Brawlhalla adalah permainan percuma dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, PC, iOS dan Android. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini