Koch Media telah mengumumkan yang permainan pertama untuk pembangun Cardboard Sword iaitu The Siege and the Sandfox akan dilancarkan pada tahun depan untuk PC. Ia adalah permainan metroidvania platforming dengan gaya grafik 2D 16-bit.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Selain platforming, permainan ini juga memfokuskan kepada elemen menyelinap, membolehkan ia dimainkan secara aksi ataupun dengan lebih selamat. Ia juga menyertakan dunia yang luas dan tidak linear.

The Siege and the Sandfox sudah boleh dimasukkan senarai hajat di Steam, Epic Games Store, GOG dan Humble bermula hari ini.

Sohor Kini