StarCraft: Remastered Ditawarkan Percuma Untuk Pelanggan Prime Gaming

Amazon melalui penawaran Prime Gaming mereka telah mengumumkan senarai permainan yang akan ditawarkan secara percuma bagi pelanggan sepanjang bulan ini. Permainan utama yang ditawarkan adalah StarCraft: Remastered iaitu permainan versi penambah-baikkan untuk permainan RTS klasik oleh Blizzard ini.

Permainan yang ditawarkan adalah untuk PC dan ditebus ke platform Amazon Games App kecuali yang dinyatakan;

  • StarCraft: Remastered (BattleNet)
  • Family Mysteries: Poisonous Promises (Legacy Games)
  • Zak Mckracken and the Alien Mindbenders
  • Beast of Maravilla Island
  • Recompile
  • ScourgeBringer

Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan. Selain permainan percuma setiap bula ia juga menawarkan satu langganan percuma untuk Twitch dan Prime Video.

Sohor Kini