Level Infinite dan Hotta Studio telah mengumumkan yang permainan RPG mereka, Tower of Fantasy akan dikeluarkan secara global, termasuk juga di Malaysia pada 11 Ogos ini dengan pra-muat akan di buka bermula pada 10 Ogos untuk PC, iOS dan Android.
Pra-pendaftaran sudah dibuka sejak bulan Jun lepas, dan mereka mengatakan yang ia telah menerima lebih 3 juta pendaftaran.
Bersempena dengan pelancaran global ini, mereka juga telah melancarkan lagu tema baharu untuk permainan tersebut, yang akan tiba secara rasmi pada 18 Ogos ini dan anda boleh tonton treler untuknya di bawah.
Tower of Fantasy akan dikeluarkan untuk PC melalui Steam dan Epic Games Store dan juga untuk iOS serta Android melalui App Store dan Play Store.