Malaysia eSports Federations (MESF) telah mengumumkan kejohanan baharu untuk pemain-pemain esukan tempatan – Liga eMas yang akan mempertandingkan empat permainan iaitu Mobile Legends Bang Bang, PUBG Mobile, Valorant dan juga FIFA Online 4.

Liga eMas ini akan dibahagikan kepada dua musim setiap tahun dengan musim pertama akan menentukan kedudukan mereka di musim kedua yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan “The Pro-League” dan “Division One”.

Selain bertanding untuk merebut hadiah terkumpul dan trofi, Liga eMAS ini juga akan menjadi platform untuk memilih wakil Malaysia bagi permainan yang berakit. Pendaftaran dibuka bermula sekarang sehingga hujung bulan ini, melalui laman rasmi MESF.

Sohor Kini