Jika anda ingin mengimbau kembali pertempuran di antara dua Terminator iaitu T-800 dan T-1000 seperti di dalam filem Terminator 2, anda boleh lakukannya melalui Call of Duty Vanguard ataupun Call of Duty Warzone, di mana ia menerima set kostum untuk kedua-dua watak tersebut.

Tracer Pack: Terminator T-800 Mastercraft Ultra

Berkas untuk Terminator T-800 yang dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger ini menyertakan kostum Terminator T-800, 49 Quip, bersama dengan gerakan penyudah “Terminator”, Intro “Trust Me”, Video MVP “He’ll Live” bersama dengan beberapa kostum lain.

Ia juga menyertakan blueprint senjata seperti “Neural Net Processor” jenis Assault Riffle, “Coltan Alloy” untuk SMG dan “Motorhead” untuk Shotgun. Terdapat juga dua charm dan lencana beranimasi.

Tracer Pack: Terminator T-1000 Ultra Operator

Berkas untuk Terminator T-1000 yang dilakonkan oleh Robert Patrick menyertakan kostum Terminator T-1000 bersama dengan 14 Quip, 60 Mimicry Quips untuk menyamar menjadi Operators lain. Ia juga mempunyai gerakan penyudah “Blocker Remover”, Intro “My Turn” dan video MVP “I Wouldn’t Worry”.

Selain itu, blueprint untuk senjata juga disertakan iaitu “Liquid Metal” untuk SMG, “Persistent Mission” untuk Assault Rifle dan “Identity Theft” untuk LMG bersama dengan calling card, lencara beranimasi dan juga jam.

Kedua-dua berkas ini boleh mula didapatkan melalui kedai di dalam permainan sekitar hari ini dan akan ditawarkan sehingga 31 Ogos 2022.

Selain itu, bermula pada 11 sehingga 24 Ogos permain boleh mencuba mod masa terhad iaitu Titanium Trials: Endurance Battle Royale dan boleh dapatkan barangan dari Terminator dengan menyelesaikan pelbagai misi yang disertakan.

Call of Duty Vanguard dan Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Warzone adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini