Steam telah berkongsi senarai permainan yang menjana pendapat tertinggi di platform tersebut sepanjang bulan Jun. Senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan tersebut, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Senarai kali ini memperlihatkan permainan daripada pelbagai genre, permainan mercu seperti F1 22, Final Fantasy VII Remake Integrade, dan Tiny Tina’s Wonderlands. Manakala permainan indie adalah seperti Neon White, Teenage Mutant Ninja Turtles Shredder’s Revenge dan 20 Minutes Till Dawn.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • AI The Somnium Files – Nirvana Initiatives
  • F1 22
  • Neon White
  • The Quarry
  • Symphony of War
  • Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge
  • The Cycle Frontier
  • The Guild 3
  • Starship Troopers: Terran Command
  • Final Fantasy VII Remake Integrade
  • 20 Minutes Till Dawn
  • Capcom Fighting Collection
  • Chivalry II
  • Frozenheim
  • Raft: The Final Chapter
  • Trip in Another World
  • DNF Duel
  • Tiny Tina’s Wonderlands
  • Sonic Origins

Selain senarai di atas, Steam juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini