Peringkat liga untuk Free Fire Challenger Series sudah tamat pada 24 Julai lepas yang memperlihatkan 12 pasukan daripada 18 pasukan melayakkan diri ke Peringkat Akhir yang akan berlangsung pada hujung minggu ini iaitu 30 dan 31 Julai 2022.

12 pasukan yang layak yang layak ke peringkat akhir adalah seperti berikut;

  • Geek Fam
  • Farang Esports
  • K9 Anxiety
  • Axis Esports
  • Todak
  • EWG
  • K9 Esports
  • Bloody Head
  • NOXSCAPE
  • WatchNLearn
  • Orange Esports
  • Onorevole Esports

Mereka akan bertanding untuk merebu hadiah terkumpul $30 ribu dan 3 pasukan terbaik akan layak ke MCP Majors Musim Keempat, manakala pasukan di kedudukan keempat sehingga kesembilan akan layak ke peringkat kelayakan untuk kejohanan tersebut.

Anda boleh ikuti kejohanan ini di Facebook dan Youtube Free Fire Malaysia.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini