V/H/S adalah francais filem seram ngeri yang dahsyat. Ia amat mengerikan yang mana jika tonton akan ada adegan yang membuatkan anda boleh hilang selera makan atau tidur tidak nyenyak. Populariti filem ini membuatkan ia dikembangkan dengan sekuel dan filem sampingan iaitu V/H/S/2, V/H/S: Viral, V/H/S/94, Siren dan siri pendek di Snapchat V/H/S: Video Horror Shorts.

Shudder iaitu platform penstriman video kandungan seram ngeri adalah pemegang hak francais filem ini. V/H/S/94 adalah produksi mereka bersama Studio71 serta Bloody Disgusting. Kini mereka akan hadir dengan filem baharu iaitu V/H/S/99.

Seperti judul filem ini, ia akan berlaku pada tahun 1999 dan memfokuskan elemen rock kapak dan era milenium yang dahsyat. Plot filem antologi ini akan berkisar video oleh remaja yang membawa ke tragedi yang tidak diingini.

Filem ini akan mempunyai cerita berbeza daripada pengarah Maggie Levin (Into The Dark: My Valentine), Johannes Roberts (Resident Evil: Welcome To Raccoon City), Flying Lotus (Kuso), Tyler MacIntyre (Tragedy Girls) dan Joseph & Vanessa Winter (Deadstream). Ia akan disiarkan pada 20 Oktober nanti secara eksklusif di Shudder, yang mana kepada yang berminat perlu menggunakan VPN untuk akses dan langgan.

Sohor Kini