Locke & Key Musim Ke-3 akan menjadi musim terakhir. Ia adalah siri TV mengenai kunci ajaib yang memberi pengguna kunci kuasa hebat seperti berubah menjadi orang lain, masuk dalam fikiran dan banyak lagi.

Dalam musim kedua, Frederick Gideon lakonan Kevin Durand bebas daripada perigi yang mengurung beliau dan akan menjadi ketua penjahat baharu. Ancaman juga dilihat semakin berbahaya dan akan ada banyak aksi menarik sambil lebih banyak misteri terungkai.

Dalam treler baharu ini, kunci baharu telah ditemui dan kunci ini dilihat membenarkan penggunanya merentas masa. Ancaman yang jelas semakin bahaya bukan melibatkan Frederick seorang sahaja, tetapi akan melibatkan banyak penjahat lain lagi.

Dengan melibatkan konsep merentas masa, musim ketiga nampaknya akan menjadi lebih serius dan dahsyat. Ia akan mempunyai lapan episod dan siaran akan bermula pada 10 Ogos akan datang.

Sohor Kini