Dato’ M Nasir Pemain Mobile Legends Baharu Untuk RSG Malaysia?

RSG Malaysia telah mengumumkan yang penyanyi dan komposer terkenal Dato’ M. Nasir telah menyertakan pasukan Mobile Legends RSG Malaysia sebagai pemain dengan menggunakan nama di dalam permainan ‘Sifu’.

Beliau akan menyertai sebagai pemain simpanan dengan posisi Flex, RSG Malaysia juga menegaskan yang ini bukan gurauan ataupun pemasaran, tetapi betul-betul menyertai RSG Malaysia sebagai pemain. Beliau juga dikatakan akan menjadi mentor bersesuaiannya dengan nama ‘Sifu’ yang digunakan.

Menurut The Star, Dato’ M. Nasir mengatakan beliau ingin mencuba esukan kerana ia sesuatu yang popular buat masa ini.

Sohor Kini