Goat Simulator 3 Diumumkan Akan Tiba Pada Bulan November Ini

Coffee Stain dan Koch Media telah mengumumkan yang Goat Simulator 3 akan dilancarkan pada 17 November 2022. Ia pertama kali diumumkan pada bulan Jun lepas dengan dijangka tiba pada akhir tahun ini.

Goat Simulator 3 akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store. Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Permainan ini masih lagi mengikut seekor kambing bernama Pilgor yang berada di kawasan baharu iaitu San Angora. Pemain boleh mengembara dan mencari pelbagai rahsia di pulau tersebut.

Ia juga kini akan menyokong mod multi-pemain sehingga 4 pemain, ataupun 4 kambing boleh mengembara San Angora bersama untuk melakukan kekacauan ataupun menyelesaikan pelbagai misi.

Sohor Kini