Deadline telah melaporkan Metro-Goldwyn Mayer (MGM) yang menerbitkan filem olahan semula untuk Tomb Raider dibawa oleh Alicia Vikander tidak lagi memegang hak untuk menghasilkan filem bagi siri permainan video popular tersebut.

GK Film yang merupakan pemegang hak tersebut buat masa ini dikatakan sedang membuka bidaan untuk syarikat-syarikat produksi yang ingin menghasilkan filem ini.

MGM pada awal tahun lepas telah mengumumkan yang filem kedua Tomb Raider akan diarah oleh Misha Green dan Alicia Vikander juga akan kembali, akan tetapi dengan perkembangan terbaru ini Tomb Raider mungkin akan diolah semula dengan pelakon baharu lagi.

Selain hak untuk filem, hak untuk permainan bagi Tomb Raider juga melalui proses penukaran tangan apabila Square Enix telah menjual IP tersebut kepada Embracer Group dan permainan baharu akan dibangunkan oleh Crystal Dynamics yang hadir dengan 3 permainan Tomb Raider sebelum ini.

Sohor Kini