Oppenheimer adalah filem epik terbaru Christopher Nolan. Filem ini ditulis dan diarahkan sendiri oleh beliau. Filem ini diadaptasi daripada buku yang pernah memenangi anugerah Pulitzer iaitu American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer karya Kai Bird dan mendiang Martin J.

Filem ini mengisarkan kehidupan J. Robert Oppenheimer, iaitu seorang ahli teori fizik yang terlibat dengan Manhattan Project – projek yang menyebabkan bom atom dicipta. Cillian Murphy akan berlakon sebagai Oppenheimer.

Dalam treler hitam dan putih ini, ia memperlihatkan Oppenheimer dengan beberapa suara di latar. Antara suara yang kedengaran adalah isteri beliau Katherine lakonan Emily Blunt yang berkata “The world is changing, reforming. This is your moment.” Tidak banyak yang didedahkan dalam treler ini, selain mempunyai peralihan kesan letusan api.

Filem ini akan menyertakan ramai pelakon hebat dan berbakat seperti Robert Downey Jr., Matt Damon, Rami Malek, Benny Safdie, Florence Pugh, Josh Hartnett, Dane DeHaan, Jack Quaid, Matthew Modine, Alden Ehrenreich, David Krumholtz, Michael Angarano dan juga Kenneth Branagh.

Filem ini akan ditayangkan pada 21 Julai 2023.

Sohor Kini