Alat Kawalan Backbone One Untuk iPhone Menerima Edisi PlayStation

Backbone bersama dengan PlayStation telah mengumumkan versi baharu untuk Backbone One iaitu alat kawalan khusus untuk telefon pintar mereka, iaitu ‘Backbone One – PlayStation Edition’.

Backbone One merupakan antara alat kawalan terbaik di pasaran untuk telefon pintar, ia sebelum ini sudah dikeluarkan untuk iPhone dan juga Android. Melalui edisi PlayStation ini, ia mengambil rekaan seakan DualSense.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Backbone One PlayStation Edition ini direka khusus untuk sesi permainan Remote Play dengan PlayStation 4 ataupun PlayStation 5 akan tetapi ia juga boleh digunakan untuk bermain mana-mana permainan di App Store.

Ia ditawarkan dengan harga $99.99 (~RM444.96) dan akan dilancarkan terlebih dahulu di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand, Jerman, Perancis, Itali, Spain, Sweden, Netherlands, dan UK.

Sohor Kini