Rick & Morty, iaitu siri animasi daripada Adult Swim adalah animasi komedi yang lain daripada yang lain. Ia memfokuskan kepada pengembaraan Rick iaitu atuk kepada Morty merentas pelbagai dimensi, angkasa dan kadangkala turut merentas masa.

Siri animasi yang mula disiarkan pada 2013 ini sudah pun mempunyai lima musim, yang tamat pada 25 September tahun 2021. Kini ia akan diteruskan untuk musim keenam, yang mana HBO Go telah mengesahkan Rick & Morty musim baharu akan disiarkan pada 5 September 2022 akan datang.

Apa yang menarik adalah, tarikh siaran ini serentak dengan Amerika Syarikat dan peminat siri animasi ini tidak perlu tunggu masa yang lama atau tunggu siri ini habis untuk tonton. Buat masa ini, masih belum didedahkan lagi jalan cerita dan jumlah episod untuk musim baharu ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini