Sony Interactive Entertainment hari ini telah berkongsi kemaskini seterusnya untuk PlayStation 5 sudah dikeluarkan secara beta. Melaluinya ia menyertakan beberapa fungsi baharu yang juga permintaan ramai.

Antara yang disertakan adalah ia membolehkan PS5 untuk menyokong resolusi 1440p, PS5 sebelum ini menyokong resolusi dari 720p sehinggalah 2160p, akan tetapi tidak menyokong 1440p, oleh itu bagi pengguna yang menggunakan paparan dengan resolusi 1440p terpaksa memilih 1080p.

Seterusnya adalah Gamelists yang merupakan sokongan fungsi folder. Pengguna boleh menghasilkan sehingga 15 gamelists yang boleh mengandungi sehingga 100 permainan, digital ataupun fizikal. Namun, folder ini hanya dipaparkan di ruangan ‘Your Collection’ bukan di ruang depan.

Kemaskini lain yang disertakan adalah memudahkan untuk pengguna membandingkan bunyi stereo dan juga 3D Audio, berguna untuk menguji set fon kepala anda. Selain itu, terdapat juga penambahan untuk fungsi Activities dan sosial.

Selepas ditawarkan di peringkat beta, kemaskini ini akan dikeluarkan untuk semua tidak lama lagi.

Sohor Kini