PlayStation telah mengumumkan yang kesemua permainan Yakuza iaitu bermula dengan Yakuza 0 sehinggalah Yakuza: Like a Dragon akan ditawarkan untuk pelanggan PlayStation Plus Essential, Extra dan Deluxe.

Namun, penawaran ini adalah tidak menyeluruh dengan beberapa permainan ditawarkan untuk semua, dan ada yang terhad kepada pelanggan deluxe sahaja.

Berikut adalah penawaran mengikut permainan;

  • Yakuza 0 – Extra dan Deluxe
  • Yakuza Kiwami – Extra dan Deluxe
  • Yakuza Kiwami 2 – Extra dan Deluxe
  • Yakuza 3 Remastered – Deluxe
  • Yakuza 4 Remastered – Deluxe
  • Yakuza 5 Remastered – Deluxe
  • Yakuza 6: The Song of Life – Extra dan Deluxe
  • Yakuza Like a Dragon – Essential, Extra dan Deluxe

Satu-satunya permainan yang ditawarkan untuk semua pelanggan adalah Yakuza Like a Dragon yang akan disertakan di dalam tawaran permainan percuma PS Plus bagi bulan Ogos. Yakuza 0, Yakuza Kiwami dan Yakuza Kiwami 2 akan tiba bulan depan, manakala permainan lain akan tiba sekitar tahun ini.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada 28 Mei 2022 lepas.

Sohor Kini