Akaun Twitter rasmi untuk PUBG: Battleground telah mengacah yang mereka akan mengajurkan acara kolaborasi bersama dengan siri permainan popular oleh Ubisoft iaitu Assassin’s Creed.

Berdasarkan perkongsian tersebut, ia adalah untuk permainan PUBG di PC serta konsol, dan juga permainan mudah alh New State Mobile.

Buat masa ini tidak dikongsikan lagi maklumat lanjut mengenai kolaborasi ini termasuk juga tarikh ia akan berlangsung. Kami akan kongsikan apabila menerima maklumat terbaru.

PUBG: Battleground sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. New State Mobile, yang tidak lagi menggunakan jenama PUBG bermula tahun ini, sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini