Nexon telah melancarkan permainan mudah alih terbaru mereka iaitu Argent Twilight secara terhad dan Malaysia adalah antara negara terpilih. Anda boleh muat turun permainan ini melalui App Store bagi pengguna iOS dan Play Store bagi pengguna Android.

Pelancaran ini adalah lebih awal berbanding jangkaan kami sebelum ini semasa ia pertama kali diumumkan.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Argent Twilight merupakan permainan strategi mengikut turutan, dan juga permainan mengumpul watak. Pemain boleh dapatkan lebih 300 watak yang akan mempunyai kemahiran tersendiri. Ia juga menyertakan penceritaan utama dan sampingan.

Bersempena dengan pelancaran ini, terdapat pelbagai acara di dalam permainan yang boleh dilakukan dan dengan sekadar log masuk bermula sekarang sehingga 28 September, pemain akan mendapat ganjaran di dalam permainan.

Anda boleh ketahui lanjut mengenai permainan ini di laman rasmi untuknya; https://argenttwilight.nexon.com/.

Sohor Kini