Skip to main content

Oppo iaitu syarikat pengeluar peranti pintar telah mengumumkan permainan mudah alih mereka tersendiri iaitu World of Immortals yang merupakan permainan MMORPG, permainan ini dikatakan akan memfokuskan pada ilmu pertahanan diri.

Buat masa ini ia hanya dikeluarkan untuk Android dan anda boleh melakukan pra-pendaftaran melalui Oppo App Market dan juga Play Store. 500 pemain pertama yang menebus kod khas di mana-mana Kedai Jenama Oppo sebelum 31 Ogos untuk mendapat barangan di dalam permainan bernilai RM89.

World of Immortals akan menyertakan 4 kelas berbeza dan akan mempunyai pilihan senjata seperti katana, sword, bow, rod dan claymore yang setiap-nya mempunyai kemahiran berbeza. Watak-watak juga boleh memakai pelbagai kostum yang akan tiba di dalam permainan.

Buat masa ini tidak disahkan lagi tarikh pelancaran untuknya, sebelum itu anda boleh pra-daftar terlebih dahulu.

Leave a Reply