FIFA 23 sudah diumumkan secara rasmi dan akan tiba pada 30 September ini, sebelum ini diumumkan yang ia akan menyertakan Hypermotion2 iaitu kemas kini untuk teknologi yang diperkenalkan pertama kali pada tahun lepas.

Melalui teknologi ini, mereka ingin membawa bentuk permainan yang lebih realistik termasuk. Memperlihatkan lanjut perkara tersebut, EA juga telah berkongsi video bentuk permainan untuk FIFA 23 yang anda boleh tonton di bawah.

Seperti yang dilakukan pada tahun lepas, Hypermotion2 juga akan merekodkan perlawanan bola sepak sebenar untuk mendapatkan pergerakan yang akan melalui pembelajaran mesin, bagi memberikan animasi yang lebih baik di dalam FIFA 23.

Ini termasuk juga untuk pergerakan bagi pemain wanita yang akan berbeza dengan pemain lelaki. FIFA 23, akan menyertakan liga bola sepak wanita.

Mengawal bola dan juga melakukan skill juga dipertingkatkan dengan pemain kini boleh melakukan gerakan skill menggunakan kaki kegemaran, berbanding hanya dilakukan kaki kanan sebelum ini. Pergerakan juga akan menjadi lebih lancar, walaupun pemain bergerak ke satu arah, akan tetapi boleh menukar arah melalui pergerakan kaki menjadikan sesi permainan tidak terasa kaku.

Pemain-pemain di dalam FIFA 23 juga akan dibahagikan kepada tiga jenis pecutan berbeza iaitu Explosive, Control dan Lengthy. Selain itu, sesetengah pemain seperti Vinicius Jr ataupun Mbappe akan mempunyai gaya larian merekan yang tersendiri.

Sistem Set Piece juga telah diubah dengan penalti sebelum melakukan sepakan ia akan mempunyai denyutan yang pemain boleh menekan pada masa yang tepat untuk memberikan sepakan yang lebih baik. Manakala sepakan percuma, pemain boleh memilih di bahagian bola mana sepakan akan dilakukan untuk mendapatkan pergerakan boleh yang diinginkan.

FIFA 23 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC dan Stadia. Ia juga akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch melalui Legacy Edition.

Sohor Kini