Thor: Love And Thunder adalah filem keempat Thor yang sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 8 Julai 2022. Filem ini kemudiannya ditunda ke 21 Julai tanpa sebab rasmi daripada Disney dan selepas sekian lama menanti, pawagam memaklumkan kepada umum filem ini tiada lagi tarikh tayangan.

Terkini, GSC telah mengumumkan yang Disney mengesahkan kepada mereka filem Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan. Masih tidak pasti sebab utama kenapa filem tidak boleh ditayangkan, tetapi terdapat spekulasi tersebar di arena web mengenai ada adegan yang tidak sesuai untuk tontonan umum di Malaysia.

Walaupun kami rasa tiada apa yang serius dan jika dipotong adegan tersebut, jalan cerita juga tidak akan terjejas pun. Dengan Marvel telah mengumumkan lebih banyak projek untuk fasa 4 sehingga fasa 6, kini tidak pasti lagi bagaimanakah nasib filem-filem Marvel di Malaysia.

Baca: Ulasan Thor: Love And Thunder – Filem Thorbaek Yang Tidak Boleh Tonton Sekarang!

Sohor Kini