Seperti semua sedia maklum, siri TV popular Supernatural akan kembali. Tetapi bukan sambungan, sebaliknya adalah siri sampingan yang berlaku dalam dunia sama. Siri TV ini adalah The Winchesters yang mengisarkan watak John dan Mary.

Siri TV ini turut mengembalikan Dean Winchester lakonan Jensen Ackles sebagai perawi menceritakan kisah hidup John dan Mary. Beliau juga adalah penerbit untuk siri TV ini. Siri TV ini berlaku pada tahun 1972 ketika John dan Mary masih mudah. Ia adalah satu kisah pengembaraan aksi menentang makhluk ghaib atau perkara-perkara adikodrati.

Siri ini akan disiarkan di CW pada 11 Oktober akan datang. Peminat Supernatural yang ingin tahu kisah John (lakonan Jeffrey Dean Morgan dalam Supernatural) versi muda, ini mungkin untuk anda.

Sohor Kini