Sebelum ini kami sudah mengumumkan yang PUBG Mobile bersama dengan Fight Esports telah menganjurkan watch party untuk menonton bersama-sama konsert maya Blackpink di dalam permainan PUBG Mobile.

Acara tersebut telah berlangsung pada 23 Julai yang lepas dan menerima 400 penonton yang juga merupakan peminat Blackpink, ataup lebih dikenali sebagai ‘Blinks’. Selain menonton konsert, mereka juga bermain kuiz untuk mendapat barangan PUBG Mobile x Blackpink.

Konsert lebih kurang 8 minit tersebut, memperlihatkan Blackpink secara maya menyampaikan lagu ‘Ddu-du Ddu-du’, ‘Kill This Love’, ‘How You Like That’ di mana penonton yang menonton melalui telefon boleh bermain permainan irama. Konsert ditutup dengan lagu khas untuk kolaborasi ini iaitu ‘Ready for Love’ yang akan menerima lagu penuh dan video muzik tidak lama lagi.

Jika anda terlepas konsert maya ini, ia akan sekali lagi diperlihatkan pada 30 dan 31 Julai 2022 kelak.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini