Pengkaji iaitu Bruno Sauce, Magnus Liebherr, Nicholas Judd dan Torkel Klingberg telah mengeluarkan kajian terbaru, di mana mereka melihat kesan bermain permainan video, menonton video dan juga bersosial kepada kecerdasan kanak-kanak.

Kajian penuh boleh didapatkan melalui laman Nature.

Di dalam kajian ini, mereka telah menggunakan set sampel seramai 9855 kanak-kanak berumur 9 – 10 tahun di Amerika Syarikat dengan kajian dengan tempoh 2 tahun.

Mereka boleh merumuskan yang kanak-kanak meluangkan masa bermain permainan video dan juga menonton video telah memperlihatkan peningkatan tahap kecerdasan, terutama dari segi kognitif. Manakala untuk bersosial, ia tidak memberikan sebarang kesan positif ataupun negatif.

Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan yang kanak-kanak yang meluangkan masa menonton TV dan menggunakan komputer memberi kesan yang negatif kepada prestasi mereka di dalam persekolahan, manakala tiada kesan untuk yang bermain permainan video.

Kajian ini juga mengatakan yang jika ada kanak-kanak yang meluangkan lebih banyak masa bermain permainan video ataupun menonton video, jika ada kesan negatif kepada kecerdasan ataupun pelajaran mereka, ia juga sebenarnya bergantung persekitaran.

Persekitaran yang kurang baik boleh membuatkan seorang kanak-kanak lebih meluangkan masa bermain permainan video ataupun menonton video sebagai “escape” dan pada masa sama persekitaran ini juga yang membuatkan mereka lebih sukar untuk belajar dan bukannya aktiviti bermain ataupun menonton video.

Sumber: Futurism

Sohor Kini