AppGallery iaitu gedung aplikasi dan permainan mudah alih untuk peranti-peranti pintar oleh Huawei telah menganjurkan sambutan ulang tahun untuk permainan MMORPG Ragnarok X: Next Generation (ROX) dengan pelbagai kempen yang berlangsung selama 2 bulan.

Sambutan tersebut mencapai klimaks dengan penganjuran watch party untuk menonton War of the Chosen S2 Govern Thunder bersama dengan lebih 300 pemain ROX yang dianjurkan di Boathouse, Kuala Lumpur.

War of the Chosen (WOC) merupakan acara rentas platform yang membolehkan pemain di PC bersama dengan pemain di telefon pintar untuk bertempur di dalam kejohanan terbuka. Bagi WOC musim kedua, Huawei telah menaja dengan menawarkan hadiah bernilai sehingga $60 ribu untuk 8 pasukan terbaik bagi benua Asia Pasifik.

Watch party ini merupakan acara pertama selepas 2 tahun yang dianjurkan oleh AppGallery untuk mengumpulkan pemain-pemain secara luar talian dan menyediakan platform untuk pemain berhubung dengan ‘guild members’.

Ragnarok X: Next Generation sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android di Play Storedan juga AppGallery.

Sohor Kini