Streamline Studios telah mengumumkan yang Richard Cheah yang sebelum ini merupakan Pengurus Besar untuk Streamline Studios akan memegang jawatan baharu iaitu Pengarah Urusan untuk keseluruhan studio-studio Streamline di Malaysia yang mempunyai lebih 250 pembangun.

Richard Cheah yang merupakan kelahiran Kuala Lumpur menyertai Streamline Studios sejak tahun 2013 lagi sebagai Pengurus Projek sehinggalah menjadi Pengarah Besar pada tahun 2018, beliau telah terlibat dengan pembangunan permainan seperti Street Fighter V, Balenciaga dan Cyberpunk 2077.

Fokus utama Cheah sebagai Pengarah Urusan ini adalah untuk mencari lebih banyak bakat-bakat baharu di dalam industri permainan video dan juga teknologi di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

“Impian saya tercapai. Saya sangat gembira untuk memegang jawatan yang membolehkan saya melakukan perubahan yang berkesan untuk pekerja Streamline dan juga ekosistem industri permainan video tempatan. Melihat ke mana industri ini sedang menuju, saya tidak sabar untuk membentuk fasa seterusnya bagi perkembangan Streamline dan juga menghasilkan peluang pekerjaan” – katanya.

Streamline sebelum ini telah melantik Shawn Layden dan Gabriel Pessah bekas pengarah di PlayStation dan juga menubuhkan cawangan baharu di Jepun.

Sohor Kini