Idris Elba adalah seorang pelakon yang berbakat. Beliau telah membintangi banyak filem seperti Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw, The Suicide Squad atau juga dalam filem MCU sebagai Heimdall.

Terkini, beliau akan menjadi pelakon utama dalam sebuah filem yang boleh dikatakan adalah filem pembunuhan tanpa henti – tetapi dengan iterasi berbeza dari kebiasaannya. Filem ini adalah Beast, di mana Idris berlakon sebagai Dr. Nate Daniels dan akan berlawan dengan singa ganas yang mengancam nyawa keluarga beliau.

Dalam filem ini, Dr. Nate yang sudah bercerai kembali ke Afrika Selatan iaitu tempat beliau bertemu dengan bekas isteri beliau. Beliau membawa anak-anak perempuan untuk mengembara di kawasan yang diuruskan oleh Martin Battles lakonan Sharlto Copley iaitu seorang sahabat yang bekerja sebagai ahli biologi kehidupan liar. Tetapi tanpa disangka, terdapat singa liar yang bebas daripada pemburu haram menganggap semua manusia adalah musuh mula memburu mereka semua.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 18 Ogos akan datang. Jika anda berminat untuk saksikan filem ini, sama-sama nantikan kehadirannya di pawagam.

Sohor Kini