Permainan Black Panther Sedang Dibangunkan Oleh EA

Jeff Grubb iaitu wartawan permainan video telah mengatakan di dalam rancangan beliau bersama dengan Giant Bomb iaitu Game Mess Mornings yang EA sedang membangunkan permainan solo berdasarkan adiwira Marvel iaitu Black Panther.

Dia mengatakan yang projek yang menggunakan nama – Project Rainier sedang dibangunkan oleh studio baharu yang ditubuhkan bekas Naib Presiden Monolith iaitu Kevin Stephens. Ia adalah permainan dunia terbuka dan pemain boleh menghasilkan watak Black Panther sendiri menggantikan Black Panther yang dikatakan mati pada awal permainan.

Buat masa ini, ia adalah sekadar ura-ura sahaja dengan tiada pengumuman rasmi oleh EA. Namun, berdasarkan rekod Jeff Grubb yang sebelum ini meniriskan beberapa pengumuman seperti Dead Space Remake, Mass Effect Trilogy dan juga kerjasama di antara Kojima Productions dan Microsoft, ia boleh dikatakan sebagai satu ura-ura yang akan disahkan tidak lama lagi.

Marvel ketika San Diego Comic-con sebelum ini telah berkongsi treler baharu untuk filem Black Panther: Wakanda Forver yang juga akan menjadi filem penutup untuk MCU Fasa 4.

Sohor Kini