Beberapa minggu yang lepas, Daedalic Entertainment telah berkongsi video bentuk permainan pertama untuk The Lord of the Rings: Gollum, mungkin selepas menerima reaksi daripada treler tersebut mereka telah mengumumkan yang ia tidak lagi akan dikeluarkan pada bulan September ini.

Sebaliknya, melalui pengumuman terbaru mereka mengatakan permainan tersebut akan ditunda beberapa bulan dengan tarikh baharu akan dikongsi kemudian. Dengan ia ditunda beberapa bulan selepas bulan September, ada kemungkinan ia akan dikeluarkan pada tahun 2024.

Mereka mengatakan yang penundaan ini adalah untuk memastikan mereka dapat menawarkan pengalaman terbaik bagi permainan ini.

The Lord of the Rings: Gollum akan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini