Kejohanan Snapdragon Mobile Challenge untuk permainan Brawl Stars memasuki peringkat akhir bagi Asia Pasifik yang akan memperlihatkan 4 pasukan terbaik yang telah melalui peringkat Mobile Open dan Mobile Challenge, merebut hadiah terkumpul sehingga $52 ribu.

Menariknya, kejohanan akhir ini akan berlangsung pada 30 Julai 2022 secara fizikal di Battle Arena, Kuala Lumpur dan anda berpeluang untuk tontonnya secara langsung, dan kemasukan adalah percuma.

Empat pasukan yang akan bertanding adalah Zeto Division One, Zeto Division Zero selaku dua pasukan terbaik dari pusingan Mobile Challenge untuk Kumpulan A. Seterusnya adalah Rising Sun Esports dan Blood Diamond East Asia sebagai dua pasukan terbaik untuk kumpulan B. Keempat-empat pasukan adalah dari Jepun.

Selain daripada kejohanan akhir ini, beberapa lagi kejohanan akan berlangsung di bawah Snapdragon Mobile Challenge, ia adalah seperti berikut;

  • Pasukan terbaik Clash of Clans dari Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara, dan India akan bertempur di studio ESL Gaming Production, Poland untuk merebut hadiah terkumpul $150 ribu termasuk juga slot ke World Championship. Ia akan berlangsung pada 4 sehingga 7 Ogos 2022.
  • 4 pasukan Brawl Stars terbaik dari Eropah serta Timur Tengah dan Afrika Utara akan bertempur secara langsung di Gamscom 2022 pada 27 sehingga 28 Ogos 2022.
  • 4 pasukan Brawl Stars terbaik dari Amerika Utara akan bertempur di PAX West, Seattle pada 4 hingga 5 September yang juga akan menjadi penutup untuk musim pertama Snapdragon Mobile Challenge.

Sohor Kini