Lego adalah satu permainan blok membina yang cukup popular. Dengan Lego anda boleh membina apa jua yang terlintas dalam fikiran. Jika anda ingin bina robot pun boleh, bina bunga atau pokok bonsai atau juga jika anda inginkan sesuatu dalam tema permainan video versi Horizon Forbidden West dan NES turut ditawarkan.

Dalam Lego, terdapat figura bersaiz mini untuk mewakili manusia atau watak-watak kegemaran dalam filem, permainan video dan sebagainya. Figura in digelar sebagai Minifigure dan terbaru, Lego telah hadir dengan Minifigure Factory untuk anda mencipta figura mini berdasarkan diri anda tersendiri.

Dalam laman web Minifigure Factory ini, terdapat alatan yang boleh digunakan untuk mengubahsuai figura Minifigure. Contohnya jenis kepala, rambut, baju, corak/teks/objek pada baju, seluar dan aksesori. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa sendiri menjadikan figura itu mirip identiti anda.

Lego menjual Minifigure tersuai ini pada harga $11.99 seunit dan buat masa ini hanya boleh dibeli di negara terpilih sahaja. Ini juga bukan kali pertama Lego hadir dengan ciri seperti ini, kerana sebelum ini pilihan Build A Minifigure. Cuma versi ini tidak menawarkan banyak pilihan kustomasi.

Tidak pasti sama ada ciri ini akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak. Tetapi peminat Lego pasti akan sukakannya kerana boleh mempunyai figura diri sendiri. Hasbro turut ada menawarkan figura tersuai yang boleh meletakkan wajah anda pada mana-mana figura watak popular melalui Hasbro Selfie Series.

Sohor Kini