Kali terakhir kita saksikan filem aksi nyata Ghost Rider adalah lakonan Nicolas Cage dalam filem Ghost Rider pada tahun 2007 dan Ghost Rider: Spirit of Vengeance pada tahun 2012. Gabriel Luna kemudiannya memainkan watak ini dalam siri TV Agents of S.H.I.E.L.D dan ada perancangan untuk mempunyai siri TV tersendiri di Hulu, tetapi dibatalkan.
Beberapa minggu lepas, Josh Horowitz hos untuk MTV News menemuramah Ryan Gosling untuk filem The Gray Man. Josh cuba mendapatkan informasi jika khabar angin mengenai beliau yang akan berlakon sebagai Nova dalam siri TV Nova untuk MCU. Tetapi Ryan menafikannya dan tidak tahu apa-apa mengenai Nova.
Walau bagaimanapun, Ryan menyatakan beliau berminat untuk berlakon dalam projek MCU sebagai Ghost Rider. Di SDCC 2022, Josh memberitahu Kevin Feigi mengenai hal ini dan Kevin menyatakan beliau berminat untuk mencari Ryan tempat dalam MCU.
Selain Ryan, Norman Reedus pelakon dalam The Walking Dead turut pernah dikhabarkan untuk memainkan watak Ghost Rider ini. Namun dalam pengumuman Marvel di SDCC 2022, langsung tiada khabar mengenai Nova atau Ghost Rider.
Jika benar Ghost Rider akan muncul dalam MCU, filem Blade adalah antara tempat yang sesuai. Kerana mempunyai tema adikodrati (supernatural). Apa-apa pun, jika anda berminat untuk tonton aksi Ryan Gosling – filem The Gray Man di Netflix adalah antara yang menarik. Beliau juga akan berlakon sebagai Ken dalam filem aksi nyata Barbie akan datang.