For All Mankind adalah siri TV pengembaraan angkasa yang menarik, tetapi sangat underrated. Mungkin kerana tidak ramai akses kepada Apple TV+ atau mungkin anda tidak pernah dengan kewujudan siri TV ini. Ia adalah satu siri TV mengenai sejarah alternatif sekiranya Kesatuan Soviet menjadi negara pertama berjaya sampai ke permukaan bulan.

Siri TV ini sudah berlangsung untuk tiga musim dengan musim pertama percuma untuk ditonton terus di laman Apple TV+. Terkini, Apple TV+ telah mengumumkan yang siri TV ini akan diteruskan dengan musim keempat.

Baca: For All Mankind Ialah What If…? Untuk Geek Sebenar

Buat masa ini, Apple masih belum berkongsi sebarang informasi mengenai produksi musim keempat For All Mankind. Tidak pasti lagi bagaimanakah penceritaan, siapakah pelakon baru dan sebagainya. Tetapi musim ini akan memulakan penggambaran pada bulan Ogos akan datang.

Sohor Kini