See adalah siri TV yang berlaku di dunia dystopia masa hadapan, selepas satu bencana berlaku. Ia juga menyebabkan manusia mengalami satu evolusi dengan mencipta bahasa baru, budaya baru serta agama baru.

Siri TV ini memfokuskan kisah hidup Baba Voss lakonan Jason Momoa. Ia penuh dengan drama, aksi hebat dan pengembaraan. See sudah berlangsung untuk dua musim, yang mana musim kedua menyertakan Edo Voss lakonan Bautista. Kini See akan tamat dengan musim ketiga, anda boleh tonton treler di bawah;

See musim ketiga akan ada lapan episod dan akan disiarkan pada 26 Ogos akan datang di Apple TV+. Dalam musim ini, ia berlaku setahun selepas musim kedua dan keluarga Baba kini bersembunyi di hutan. Kemudian saintis Trivantian mencipta satu senjata yang akan mengancam semua manusia, Baba kembali Paya untuk menjadi adiwira.

Antara pelakon dalam siri TV ini adalah Sylvia Hoeks, Hera Hilmar, Christian Camargo, Archie Madekwe, Nesta Cooper, Tom Mison, Olivia Cheng, Eden Epstein, Michael Raymond-James, David Hewlett dan Trieste Kelly Dunn.

Sohor Kini