Marvel hari ini turut berkongsi treler baharu untuk siri TV She-Hulk yang akan disiarkan di Disney+ tidak lama lagi. She-Hulk atau nama sebenar adalah Jennifer Walters merupakan seorang peguam yang dilantik untuk melindungi manusia dengan kuasa luar biasa dan memastikan individu seperti ini tidak menyebabkan kekecohan.

She-Hulk akan bekerjasama dengan Hulk untuk berlatih menggunakan kuasa beliau. Dalam treler baru yang anda boleh tonton di bawah, dipenuhi dengan banyak saat-saat lucu dan menarik;

Dalam treler ini, turut kelihatan penjenayah Titania lakonan Jameela Jamil. Turut kelihatan adalah watak Dennis “Buck” Bukowski lakonan Drew Matthews yang akan menjengkelkan Jennifer serta watak baharu Nikki Ramos lakonan Ginger Gozaga sebagai kawan baik kepada Jennifer.

Treler ini turut memperlihatkan aksi Daredevil dalam kostum baharu beliau. Sama-sama kita nantikan kehadiran siri TV ini di Disney+ Hotstar pada 17 Ogos akan datang.

Sohor Kini