Satria Dewa GatotKaca adalah filem aksi nyata adiwira berasaskan komik Indonesia. Ia diadaptasi daripada komik Satria Dewa dan dihasilkan oleh Satria Dewa Studio sebagai filem pertama dalam dunia Satria Dewa Semesta. Satrio adalah pewaris GatotKaca dari keturunan Pandawa Yang akan menentang Korawa yang cuba memusnahkan dunia dengan mengubah sejarah perang Kurukshetra.

Filem ini sudah pun ditayangkan di Indonesia dan disahkan akan turut ditayangkan di Malaysia. Kini filem ini sudah ada tarikh tayangan rasmi di Malaysia, iaitu pada 18 Ogos 2022.

Filem ini akan memfokuskan kepada asal-usul Satrio atau nama sebenar Yuda lakonan Rizky Nazar. Hidup beliau yang sukar dengan baru hilang pekerjaan di suanana yang berlakunya pembunuhan berantai. Suatu hari, penjahat bernama Korawa membunuh sahabat baiknya Erlangga (lakonan Jerome Kurnia) dan ibu beliau Arimbi (lakonan Sigi Wimala).

Sohor Kini