MCU Fasa 7 Akan Bermula Pada Tahun 2026

Di acara SDCC, Marvel telah mengumumkan penamat untuk MCU fasa keempat, permulaan untuk fasa kelima dan penamat serta permulaan bagi fasa keenam.

Black Panther 2 adalah filem akan menutup fasa keempat, sementara She-Hulk adalah siri TV terakhir dalam fasa ini. Filem Ant-Man 3 akan menjadi permulaan untuk fasa kelima, diikuti dengan enam siri TV iaitu Secret Invasion, Echo, Loki musim kedua, Ironheart, Agatha Coven of Chaos dan antara siri TV terpanjang MCU iaitu Daredevil Born Again. Fasa kelima akan ditamatkan dengan filem Captain America A New World Order dan Thundebolts.

Fantastic Four yang akan tiba pada 8 November 2024 akan menjadi filem pertama dalam fasa keenam. Kemudian akan ada satu filem pada 14 Februari 2025 yang masih belum ada judul diikuti dengan filem Avengers: The Kang Dynasty yang akan tiba pada 2 Mei 2025 dan 25 Julai 2025 satu lagi filem rahsia barulah fasa ini akan ditamatkan dengan Avengers: Secret Wars tiba pada 7 November 2025.

Di SDCC 2022, Marvel turut menyatakan pada 13 Februari 2026, filem pertama fasa ketujuh akan bermula dan kemudian pada 1 Mei, 24 Julai dan 6 November. Masih tidak didedahkan filem apa lagi, mungkin ini adalah fasa di mana bermulanya Deadpool dan X-Men?

Sohor Kini